Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia - PORTAL PENDIDIKAN KHAS KUBANG PASU

Home Top Ad


Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia


Pendidikan khas di Malaysia telah bermula sejak tahun 1920an. Ia bermula dengan segolongan sukarelawan yang berasa bertanggungjawab untuk membuka sekolah-sekolah orang kurang upaya. Di mana ia bermula dengan sekolah untuk orang yang cacat penglihatan dan berkembang kepada sekolah untuk orang yang cacat pendengaran. 

Setelah itu, pihak kerajaan mula sedar akan kepentingan untuk mengambil alih tanggungjawab ini sepenuhnya. Walaubagaimanapun, kerajaan menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk menyumbang dari segi ilmu dan pelbagai aspek lain. 

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut: 

Pendidikan Masalah Penglihatan 

1926 
Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka 

1931 
SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang 

1948 
Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 

1953 
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) 

1958 
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM) 

1962 
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 

1963 
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 

1977 
Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras 

1978 
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu 

1983 
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh 

1984 
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille 

Pendidikan Masalah Pendengaran 

1954 
Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang 

1954 
Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang 

1963 
Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras 

1978 
Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan 

1979 
Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan 

1985 
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal 

1987 
Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam 

Program Percantuman/Inklusif 

1962 
Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan dimulakan 

1988 
Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran 

1993 
Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur 

1994 
Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara 

1995 
Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan 

Perkembangan Semasa 

1995 
Unit Pendidikan Khas dinaikkan taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) 

2008 
Jabatan Pendidikan Khas ditukarkan nama kepada Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas), Kementerian Pelajaran Malaysia 

2010 
Proses Transformasi Pendidikan Khas dimulakan oleh BP Khas dengan menekankan enam teras utama perubahan menjelang tahun 2020. 

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan program khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat prasekolah iaitu: 

i. Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas 
ii. Program Pendidikan Khas Inklusif Prasekolah 

Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas 

Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas telah dipertingkatkan ke seluruh negara. Prasekolah Pendidikan Khas mempunyai murid bermasalah pendengaran; bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran. 

Pada 2010, sebanyak 172 buah program prasekolah telah dibuka bagi kesemua tiga kategori di seluruh negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan sebanyak 28 program di Sekolah Khas dan 144 program prasekolah pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran di seluruh negara. Terdapat seramai 590 murid pendidikan khas yang mengikuti pendidikan pada peringkat prasekolah integrasi.